Rabu, 7 Disember 2011

FAKULTI PENDIDIKAN

  AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM
Al-Syaibani (1991), dengan memetik beberapa tujuan pendidikan Islam seperti yang dijelaskan oleh beberapa orang pemikir Islam, merumuskan bahawa antara tujua Pendidikan Islam ialah:
 i) Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia
 ii) Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
 iii) Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segisegi kemanfaatan
 iv) Menumbuhkan roh ilmiah (scientific spirit) pada pelajar dan memuaskan keinginan erti untuk mengetahui  (curiosity).
 v) Menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknik danperusahaan supaya ia dapat menguasai profession tertentu, supaya ia dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan mulia di samping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan