Rabu, 7 Disember 2011

AL-AKIDAH AL-ISLAMIAH LI AL-TARBIYYAH

PANDUAN LENGKAP SEMBAHYANG

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN


Nama Guru            : Asmira Asila Binti Abdul Halim

Tarikh                   : 8.12.2011

Kelas                      : 1 Sabar

Bilangan Murid       : 27 orang

Masa                      : 30 minit

Subjek                   : Fiqah, Modul 4 unit 4

Tajuk                      : Cara Solat dua Rakaat

Pengetahuan Sedia Ada :
1.             Tahu cara mengambil wuduk
2.            Tahu cara-cara bersolat.
3.            Pernah mempraktikkan cara-cara solat empat dan tiga rakaat

Penggabung Jalinan Kemahiran :
          * Mendengar                   - Boleh mendengar penerangan guru
* Menulis               - Boleh menulis latihan di buku kerja
          * Membaca            - Boleh membaca teks

Objektif Pelajaran :

Diakhir pelajaran , murid-murid akan :
       
1.             Tahu cara-cara bersolat dua rakaat.
2.            Tahu solat wajib 2 rakaat hanya solat Subuh
3.            Dapat mempraktikkan Solat Subuh

Alat Bantu Mengajar  :

1.             Buku teks, dan buku kerja murid.
    2.        Set gambar-gambar orang yang sedang bersolat.
    

LANGKAH

MASA

( MINIT )
ISI PELAJARAN DAN KEGIATAN
PENILAIAN / CATATAN
SET INDUKSI

5 minit






1.   Mengimbas kembali ingatan pelajar pada nama-nama solat lima waktu beserta waktu dan rakaat dalam solat
2. Minta pelajar sebutkan solat-solat empat rakaat, tiga rakaat dan dua rakaat




1


10 minit



1. Melatih-tubi bacaan-bacaan dalam solat


Carta bacaan dalam setiap perbuatan dalam solat

2



10  minit


1.  Mengajak pelajar mempraktikkan solat Subuh




Penutup


5 minit

Membincangkan aktiviti dalam buku teks m.s. 36. Buat latihan dalam buku kerja.
Buku teks m.s 36
Buku kerja


PENILAIAN KENDIRI:

FAKULTI PENDIDIKAN

  AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

TUJUAN PENDIDIKAN ISLAM
Al-Syaibani (1991), dengan memetik beberapa tujuan pendidikan Islam seperti yang dijelaskan oleh beberapa orang pemikir Islam, merumuskan bahawa antara tujua Pendidikan Islam ialah:
 i) Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia
 ii) Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
 iii) Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segisegi kemanfaatan
 iv) Menumbuhkan roh ilmiah (scientific spirit) pada pelajar dan memuaskan keinginan erti untuk mengetahui  (curiosity).
 v) Menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknik danperusahaan supaya ia dapat menguasai profession tertentu, supaya ia dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan mulia di samping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.